![]() |
| Macam tu lah perangai aku bila nak bangun pi sekolah |
Lama bangat aku biar blog yang tak dak viewer ni tak berhapdet sampai sekarang. Sebabnya:
1. Aku tak ada mood/angin aku tak menentu (bukan yang put-put tu)
2. Aku tak tau nak cerita pasal apa. Sebab tak ada benda pun yang nak diceritakan.
3
Dua hari lepas dekat sekolah memang tak belajar langsung. Memangla sebab baru habis mid-year exam. Setakat ni aku baru dapat kertas 1 Maths. Kali pertama dalam seumur hidup aku aku dapat 25 ke atas! *tangan di bahu mata ke atas*.Tpi banyak kot aku careless. Whateverlah. Ah, sambung balik cerita aku. Hari Isnin dua waktu yang last tu subjek Kimia. Kat situlah cikgu kelas kesayangan yang sarat mengandung itu mula nak beleter. Ada sebabnya dia buat macam tu. Masa exam, ada orang tiru DAN bagi tiru. Memang patutla pun dia berpot-pet tak ke sudah. Disebabkan segelintir orang, satu kelas yang kena. Ada ungkapan yang mengatakan:
"Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga"
Betul kan? Lepas tu yang paling tak bleh belah bila cikgu suruh satu kelas angkat sumpah @ berjanji dengan cikgu. Aku yang paling first kena janji dengan cikgu. Akibat terkejut beruk chimpanzee dek seruan guru kelas yang tomey itu, maka aku dengan blurnya declare:
" Saya janji kalau ada soalan yang saya tak dapat jawab walaupun dah cuba banyak kali, saya akan tanya cikgu."
Macam budak hingusan sungguh aku angkat sumpah. Tapi tu memang niat aku. Pelan-pelan aku cuba ubah stail aku. Seterusnya sorang demi sorang kena angkat sumpat taat setia dekat cikgu. Actually malu gila wei. Malu.
Hari ni ada sambutan hari guru kat sekolah. Macam-macam depa tpi buat kebanyakan buat persembahan. Tahun ni cikgu paling banyak nyanyi kat atas pentas. Jangan main-main wei! Otai masih berbisa!! Time tu yang tak leh belah bila budak kelas akaun tayang video klip depa. Perangai gila-gila. *sigh*
Ex-student pun ada mai jugak tadi jumpak cikgu. Aku pi sapa sorang senior OKU yang aku kenal. Nama beliau Hamizan tpi nak mencomelkan nama beliau lagi aku panggilnya "Mizan". Aku sembang dengan dia kejap. Baru aku sedar cepat sungguh masa berlalu. Terasa makin tua lagi pun ada lantaran junior Form 4 yang rapat dengan aku panggil aku "pak cik". Nanti pak cik hayun tongkat mau?? Whateverlah. Dah lama depa panggil aku pak cik so aku bukannya nak kisah pun.
Then aku fefeling kononnya shooting drama Jepun, aku kata dalam hati:
" This is my last year I'm studying here. We went through lots of fun and hard times together. Even if I don't have a lot of friends, even if I caused a lot of trouble to everyone of you, please, I have a wish. To all of '97 batch beloved teachers, let's make some memories that will remain within our minds and heart. I'll cherish it until my last breath."
Dengan penuh gaya gedik macam hero drama Jepun tu, aku beredar dari situ. (Aku minta maaf kalau ayat-ayat di atas tadi buat hangpa geli tahap khinzir dan buat hangpa tak leh tidur malam).
